Thursday, March 4, 2010

{ Makmal-Sains } Amalan 5S

 

moga dapat membantu :-

5S ialah kaedah/alat pengurusan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat di negara Jepun. Amalan 5S ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam organisasi, menentukan kepatuhan kepada standard serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

Budaya penambahbaikan berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan Awam bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan (service delivery) kepada pelanggan. Amalan 5S merupakan salah satu daripada inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha untuk menerapkan budaya penambahbaikan di kalangan warga Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Justeru Amalan 5S ini merupakan penggerak kepada inisiatif-inisiatif kualiti yang lain.

Fokus utama amalan 5S :-
•Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran di tempat kerja;
•Meningkatkan semangat kerjasama berkumpulan; dan
•Meningkatkan keberkesanan operasi.

AMALAN 5S

SEIRI = Sisih
Mengasingkan dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.

SEITON = Susun
Menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.

SEISO = Sapu
Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci agar tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja.

SEIKETSU = Seragam
Mewujudkan standard amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan standard tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa.

SHITSUKE = Sentiasa Amal
Melatih pekerja untuk mengamal sistem Amalan 5S secara berterusan agar menjadi kebiasaan dan budaya kerja organisasi.

FAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 5S

•Tempat menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.
•Operasi organisasi menjadi lebih mudah, pantas dan selamat.
•Hasilnya lebih nyata dan lebih banyak menjanakan idea yang bernas.
•Kerumitan kerja dapat dikurangkan.
•Kadar kerosakan radas dapat dikurangkan.
•Kesilapan kerja dikurangkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing).
•Kaedah dan standard kerja lebih jelas.
•Kawalan stok yang lebih cekap.
•Pengurusan stok yang lebih berkesan.
•Penggunaan ruang kerja yang maksimum.
•Rungutan pelanggan dapat dikurangkan.
•Meningkatkan semangat kerja berpasukan.
•Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
•Meningkatkan imej organisasi.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment