Friday, March 5, 2010

{ Makmal-Sains } Amalan 5S : Antara Retorik Dan Realiti...

 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Pertamanya,
Tahniah saya ucapkan di atas kesungguhan dan usaha saudara-saudari berhubung amalan 5S di tempat kerja. Semoga ianya membawa impak yang mampu membina organisasi dan kemantapan pengurusan makmal.

Keduanya,
Saya yakin dan percaya bahawa saudara-saudari sebenarnya telah mengamalkan 5S di tempat kerja anda, melainkan sebaliknya (sendiri yang tahu.

Ketiganya,
Menurut pembacaan saya kira-kira sebulan yang lalu, rata-rata pekerja yang berkaliber di sana menikmati ganjaran dan habuan yang lumayan. Sebabnya mudah, mereka melaksanakan 5S dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam pekerjaan serta tidak mengalami tekanan dari pihak atasan.

Mengapa keadaan ini berlaku? Di Jepun, konsep kerjaya di sana lebih menjurus kepada pekerja adalah bos kepada organisasi. Bagaimana? Pekerja di Jepun sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menaiktaraf diri agar mampu melaksanakan pelbagai jenis dan bentuk tugasan.

Gaji mereka bukan dibayar berdasarkan kelayakan akademik, tetapi berdasarkan nilaian merit serta kesungguhan mereka melaksanakan tugas. (Cuba perhatikan cara santun orang Jepun: mereka tunduk antara satu sama lain)

Di Malaysia amat berlainan, terdorong kepada konsep Westminster di mana pihak atasan adalah bos kepada pekerja. Jika dibandingkan antara Jepun dan Malaysia amat berbeza sekali.

Di Jepun, seorang Menteri melaksanakan tugas sebagai amanah rakyat dan meletakkan jawatan tanpa perlu dipaksa atau menanti pilihanraya. Segalanya hanya untuk rakyat. Rasa bertanggungjawab cukup menebal di Jepun. Bagaimana pula di Malaysia? Saya percaya anda dapat menilai sendiri.

Akhirnya,
Menjadi harapan saya agar konsep dan amalan 5S dilaksanakan dalam kerjaya kita seharian. Mudah-mudahan tidak ada pihak lain yang mengambil kesempatan dari konsep ini. Semoga nilai-nilai murni dan integriti kekal di dalam diri kita.

Salam hormat

pm_sukaduka
Teluk Intan, Perak

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment