Tuesday, January 19, 2010

Re: { Makmal-Sains } Wow ... Banyak Benar Kisah Waktu Bekerja

 

biasanya kalau kita dah sah jawatan dan lama berkhidmat shgga 5 thn barulah ada keyakinan diri. selagi kita ada hujah yg mantap yg tak boleh disangkal, kita berhak bersuara dan menyatakan apa yg benar. jika kita disuruh kerja kat pejabat pihak pengurusan kena buat surat mandat dan lantikan sementara melaksanakan tugas perkeranian, dihantar ke pejabat pelajaran utk pengetahuan pihak atasan. jika tidak, pihak pengurusan sekolah boleh dianggap sebagai menyalahguna kuasa. kita dilantik sebagai pembantu makmal utk bertanggungjwb ke atas makmal atas arahan dan lantikan SPP. bila apa2 berlaku yg tak diingini sama ada kesilapan kita melakukan kerja di pejabat atau berlaku kemalangan di makmal, kita takkan dipersalahkan 100%. bila kita beri hujah macam tu..mereka sedar mereka buat salah dan memang akan dipersalahkan oleh pihak atasan di pejabat pelajaran. kalau kurang kerani mohonlah tambah kerani SEGERA...bukan ambik jln mudah suruh pembantu makmal jd kerani. kita walaupun tak belajar tinggi tp masih boleh fikir spya tak mudah diperalat sewenangnya.

--- In Makmal-Sains@yahoogroups.com, yahaya zaini <zainiey2000@...> wrote:
>
> Assalamulaikum,
>
> Saya amat menyokong apa yg dikatakan pm sukaduka, kerana saya pernah mengalami apa yg
> anda alami. Syabas anda berani memberi alasan dan meminta k/tgn pejabat membuat kerja2 pm.Saya dulu x berani nak melawan mungkin sifat org perempuan takut nak membantah. Akhirnya diri sendiri yg merana. Saya harap ramai lg pm yg akan bertindak seperti anda.
>
>
>
>
> ________________________________
> From: pm_sukaduka <cikguuitm@...>
> To: Makmal-Sains@yahoogroups.com
> Sent: Sun, January 17, 2010 4:04:33 PM
> Subject: { Makmal-Sains } Wow ... Banyak Benar Kisah Waktu Bekerja
>
>
> Assalamualaikum W.B.T.
> &
> Salam Sejahtera
>
>
> Alhamdulillah syukur saya kepadaNya sebab masih berpeluang untuk menyumbang sedikit pandangan kali ini.
>
> Saya percaya ramai di antara kita yang membangkitkan isu waktu bekerja di waktu cuti persekolahan. Boleh dikatakan ramai pentadbir sekolah yang mengarahkan anda untuk hadir bertugas dari jam8.00 pagi hingga 5.00 petang.
>
> Antara alasan yang biasa kedengaran oleh pentadbir:
> a. Tiada sesi pembelajaran sepanjang tempoh cuti persekolahan
> b. Pejabat sekolah tidak dibuka sebelum pukul 8.00 pagi
> c. Pembantu Makmal / Orang makmal tidak ada kerja waktu cuti.
>
> Apapun pada pandangan saya, adalah lebih baik kita dapat melaksanakan tanggungjawab hakiki tanpa adanya campurtangan pihak pentadbir dan pejabat. Saya percaya ada pembantu makmal yang diarahkan untuk berada di pejabat sekolah dan melaksanakan tugasan perkeranian. Perkara sebegini amat mendukacitakan, walhal pembantu makmal C17, C22 dan C26 diklasifikasikan dalam perkhidmatan Sains.
>
> Berdasarkan pengalaman saya sewaktu dalam mesyuarat kakitangan sokongan, pihak pejabat meminta kakitangan makmal berada di pejabat selepas pukul 2.00 petang hingga 5 petang. Alasannya di makmal tiada tugasan yang boleh dilakukan. Saya menyatakan kesediaan memikul tugas tersebut dengan mensyaratkan N17 dan N26 perlu menjalankan tugas di makmal terutamanya di makmal kimia (untuk makluman: stor kimia di sekolah saya kurang kondusif dari aspek keselamatan, pengudaraan dan rak diperbuat dari kayu yang semakin mereput. Hampir 4 set casing komputer telah berkarat setelah 1 tahun berada di makmal kimia).
>
> Jawapan yang saya terima semasa mesyuarat itu, kami (kakitangan pejabat) tiada kepakaran dalam pengurusan makmal. Saya pun membalas, kami pun begitu juga tidak berpengalaman dalam pengoperasian dan pengkeranian.
>
> Kita sebagai pembantu makmal terutama yang bertugas sekitar kawasan stor bahan kimia , sebenarnya berada di dalam zon Bahaya! Sehingga hari ini saya tidak pasti adakah perkara ini diambil perhatian oleh pihak berkenaan walau pun ianya disuarakan oleh kesatuan dan kakitangan makmal. Adakah perlu menantikan jumlah angka kematian dan penyakit kritikal(kanser, radang paru dan ketidakupayaan sistem badan) meningkat tanpa adanya langkah penambaikan oleh pihak yang berkenaan.
>
> Saya percaya kebanyakan sekolah, di mana pejabat pentadbiran dilengkapi dengan penghawa dingin manakala pembantu makmal berhawa dingin dengan kipas atau pun kipas tangan.
>
> Kesimpulannya, saya mengharapkan tempat kerja yang kondusif, selamat dan lengkap serta tiada sebarang gangguan oleh perkara yang langsung tidak berkaitan dengan perkhidmatan sains.
>
> ( Saya sendiri pernah diarahkan oleh PK untuk menjalankan kerja-kerja mengira yuran yang tidak dijelaskan oleh pelajar sekolah. Namun atas nasihat pegawai kanan di PPD, saya tidak melaksanakan tugasan berkenaan kerana ianya bersifat sensitiviti (tugasan Kewangan) dan sebarang ralat memberi kesan kepada sistem perakaunan sekolah)
>
> Sekian, terima kasih.
>
> pm_sukaduka
> Perak
>

__._,_.___
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment