Thursday, January 28, 2010

{ Makmal-Sains } Tangki Riak : Rasanya x ade masalah kot...

 

Assalamualaikum... N Salam Sejahtera

Saya terbaca beberapa kiriman dari rakan-rakan kita yang bertanya masalah motor pada tangki riak..

Kalau masalah motor tu dah selesai kira ok la yer... Kalau masih belum selesai saya nak bagi caranya....

1. Dapat sebuah motor berkuasa kurang dari 12 Volt (sama ada dari komponen pada bahan/radas yang ada dalam makmal ATAU beli dari kedai elektronik harganya di bwh RM10 (RM3 pun dah dpt) )

2. Dapatkan pemutar skru, pemateri elektrik (soldering iron) dan wayar

3. Paterikan wayar pada terminal di motor berkenaan (kalau x ada soldering iron, pintalkan aje wayar selepas tu bungkus dgn pita pelekat (salotape hitam)

4. Buka penghayun pada motor yg rosak kemudian dipasang ke motor yang baru.

5. Sediakan set tangki riak untuk ujikaji (testing 1,2,3)

6. Jangan lupa guna power pack/power supply & laraskan kepada voltan motor... Pastikan anda menggunakan arus DC..

7. kalau rasa-rasa motor tu pusing laju sangat, dapatkan reostat dan di sambung kepada arus positif(+)

8. Kalau semuanya dah siap, insyaallah boleh digunakan...

Itu sahaja dari saya....

Lebih mudah lagi kalau dapat tangki riak baru....hehehe

Sekian, terima kasih.

pm_sukaduka
Perak, Malaysia

__._,_.___
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment