Thursday, January 28, 2010

{ Makmal-Sains } Stok Luput : Perlukah pelupusan secara manual atau khidmat luar?

 

Assalamualaikum...

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman saya berhubung pengurusan bahan kimia, terutama di stor Makmal Kimia.

Syor saya:

1. Sekiranya bahan berkenaan adalah dalam kategori logam, logam oksida dan seumpamanya. Anda boleh lakukan pelupusan sendiri dengan membuangnya ke dalam tong sampah.

2. Sekiranya bahan berasid dan berakali serta tidak merbahaya dari aspek persekitaran dan memerlukan air sebagai pelarut. Anda cuma perlu melarutkan asid berkenaan sehingga 0.001 mol. (bagaimana nak dpt 0.001 mol sila buat kiraan)

3. Larutan Iodin dan kalium Iodida... larutkan kedua-dua bahan hingga cair sebelum dialirkan

4. Bahan-bahan logam akali pula seperti Natrium, Litium, Fosforus. .. Buat eksperimen persendirian. (diingatkan litium natrium dan kalium bertindak balas dengan air.. lupuskan dengan saiz yang kecil.. fosforus pula bertindak balas dengan udara dan akan terbakar apabila terdedah sila lupus dengan saiz yang kecil). Pastikan pemantauan dilakukan denganbaik

5. Larutan klorin/air klorin... larutkan sehingga bau klorin tidak dapat dihidu...kemudian alirkan ke laluan longkang (ianya berfungsi untuk menghapuskan kuman dan bakteria dalam air.

Selain dari itu, insyaallah akan saya jelaskan sekiranya ada permintaan..

Pelupusan secara manual boleh dilakukan terhadap bahan kimia yang tertentu sahaja.

Perkhidmatan luar seperti Jabatan Alam sekitar dan Jabatan Kimia akan memerlukan perbelanjaan yang agak besar...tambahan pula peruntukan Jabatan Sains dah kena sedut dengan LPBT sekolah...

AMARAN : JANGAN MELUPUSKAN BAHAN-BAHAN BERBAHAYA YANG MAMPU MEWUJUDKAN KESIHATAN YANG TERUK SEPERTI BROMIN, MERKURI DAN BAHAN-BAHAN RADIASI KE ALAM SEKITAR.

Sekian, salam hormat dari saya.

pm_sukaduka
Perak Darul Ridzuan.


__._,_.___
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment