Wednesday, February 3, 2010

Re: { Makmal-Sains } Peruntukan PCG : Adakah pcg Jabatan Sains anda diserap ke LPBT?

 

Macam di sekolah saya, akaun LPBt pada akhir tahun telah habis digunakan untuk pembayaran termasuklah kertas A4. ada jugak yg PT kewangan ambil duit dari akaun Sains dan sebagainya. Saya tak dengar pulak di sekolah ni yang baki lepas di serap ke dalam LPBT.. apa pun saya rasa semua sekolah sekarang tengah gawat memandangkan  banyak yang perlu dijimatkan. Kami di makmal sains pun tak boleh beli apa apa dengan baki tahun lepas dan pengetua pun tak galakkan ambil barang dulu takut duit kena 'cut'.Bukan setakat tu saja untuk T n T pun dah kena 'cut', dan banyak lagi yg dapat respon, misalnya bil api & air pun sekolah kena bayar, sebelum ni PPD.

Pada 2010 Februari 3 22:28, cikguuitm <cikguuitm@yahoo.com> menulis:
 

Assalamualaikum...

Kira-kira 3 minggu yang lepas saya ada terbaca notis di pejabat sekolah berhubung pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak....

Dipendekkan cerita: atas dasar berjimat cermat, semua baki peruntukan PCG bagi 90% matapelajaran diserap ke dalam akaun LPBT sekolah. Ini bermakna Jabatan Sains & Matematik (Sains,Kimia,Fizik,Biologi & Matematik) tidak ada duit (RM 0.00) sehingga peruntukan disalurkan dalam bulan April 2010 (jangkaan).

Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada semua rakan2 PM yang bertugas di negeri selain Perak.... Adakah sebarang pekeliling sedemikian dikeluarkan di negeri anda?

Saya amat mengharapkan maklum balas dari anda....

(Kesian kekawan saya, nak beli kertas graf pun berhutang dengan pembekal... Kertas A4 pun kena cilok kat pejabat sekolah)

Sekian, salam hormat...

pm_sukaduka
Perak


__._,_.___
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment

Post a Comment