Friday, December 11, 2009

Re: { Makmal-Sains } Ucapan Takziah

 

Takziah diucapkan kepada keluarga mereka.

```Difahamkan, kenduri perkahwinan di rumah Ab. Kadir yang bertugas sebagai
pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di sini, bagi
menyambut menantu akan diadakan di Taman Melati Indah, pada Ahad ini.
Mohd. Ariff, jurutera muda yang baru pulang belajar dari luar negara akan
melaporkan diri sebagai pensyarah pengajian kejuruteraan di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Arau, di sini, pada 16 Disember ini.
Mohd. Farhan pula adalah anak kepada seorang anggota polis, Koperal Musa
Awang yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.
Musa ketika ditemui di HTF menyatakan, urusan pengebumian anaknya itu akan
dibuat malam ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Beseri di sini.
Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila
dibanjiri sanak saudara, manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah
turut dipenuhi orang ramai.
Kerja-kerja gotong-royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis
perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah, 23, turut dibatalkan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam
Harun berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana kereta
yang dipandu oleh Ab. Kadir boleh memasuki lorong bertentangan. Dipetik
sebahagian berita daripada Utusan Malaysia

Ediramle Ismail,
ym id ediramleismail
----- Original Message -----
From: rey
To: Makmal-Sains@yahoogroups.com
Sent: Saturday, December 12, 2009 9:14 AM
Subject: { Makmal-Sains } Ucapan Takziah

asalamualaikum....

dlm berita utusan online hari ni saya terbaca satu kemalangan melibatkan
seorg rakan veteran kita di Perlis. sesiapa rakan kita kat sini yg
mengenali beliau sampaikan salam takziah rakan2 group kita kat sini kpd ahli
keluarga beliau. semoga rohnya dicucuri rahmat. al-fatihah

*punca kemalangan dikatakan sbb tayar tiba2 meletup, kebiasaannya dr
pengalaman sya kalau tiubless takkan meletup tiba2 bila kena bnda tajam,
tayar tu akan lambat kempis bila kita dh sampai kat destinasi. kcuali kalau
tayar tubeless tu botak dan panas kena geseran jln barulah meletup. sbgai
peringatan utk kita sama spya tengok2kan juga kenderaan yg kita pakai hari2
termasuk spesifikasi dan keadaan tayar.

__._,_.___
http://makmal-sains.blogspot.com   .
Tidak dibenarkan mengiklan.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment