Monday, December 14, 2009

Re: { Makmal-Sains } Oh Cuti Sekolah....

 

Tugas-tugas Pembantu Makmal

4.4.3.1b. Itu sungguh mengecewakan saya semasa membentangkan tugas-tugas
ini pada bulan Ramadhan yang lalu.

4.4.3 Tugas-tugas Pembantu Makmal

4.4.3.1 Tugas Harian

a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal
sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal
apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.

b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar
sentiasa dalam keadaan bersih.

c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.

d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan
oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.

e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum
kerja amali dijalankan.

f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang
diperlukan untuk kerja amali.

g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan
peralatan dan bahan sains.

h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang
kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.

i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke
tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.

j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air,
kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.

k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk
perabot, bekalan elektrik, air dan gas.

l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid
mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.

m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang
terakhir pada setiap hari :

i. Membersih bekas
dan sisa bahan sains yang telah digunakan

ii. Menutup bekalan
gas, air dan elektrik

iii. Menutup tingkap,
mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains

iv. Menyimpan kunci
bilik makmal sains mengikut arahan pengetua

n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera
sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua
Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.

o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti
mengemaskini stok dan sebagainya.

p. Mencuci peralatan sains yang kotor.

q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima
bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.

r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua
dari masa ke semasa.

4.4.3.2 Tugas Semasa Cuti sekolah

a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains
mengemas kini rekod stok.

b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya
seperti yang diperlukan untuk kerja amali.

c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia
yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu.

d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai
supaya boleh digunakan di makmal sains.

e. Menghasilkan air suling.

f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.

g. Mengecas dan discas akumulator.

h. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta,
model, alat timbang dan sebagainya.

i. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan
bersistem.

j. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan
berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.

k. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat
mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.

l. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan
sains jika perlu.

m. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh
kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.

n. Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod
invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru
diterima.

o. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus
kira dan pelupusan.

p. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal
sains.

q. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan
bahan biologi disusun dengan teratur.

r. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk
perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau
kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.

s. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta
berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.

t. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat
anggaran belanjawan.

4.4.3.3 Tugas-tugas Lain

a. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains
dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun
(sebelum penggal persekolahan).

b. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan
mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan Matematik / Ketua
Panitia.

c. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua
berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima
daripada pembekal.

d. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.

e. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat
bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.

f. Membantu mengurus buku stok / inventori.

g. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli
serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok.

h. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang
pesanan.

i. Memasang klip buaya pada dawai.

j. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains,
kem sains dan sebagainya.

k. Menajamkan alat-alat pemotong.

l. Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.

m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan
binatang jika ada

n. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.

o. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru.

p. Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah,
kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.

q. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat
dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan

Ediramle Ismail,
ym id ediramleismail
----- Original Message -----
From: "hayati_dee" <hayati_dee@yahoo.com>
To: <Makmal-Sains@yahoogroups.com>
Sent: Monday, December 14, 2009 1:32 PM
Subject: { Makmal-Sains } Oh Cuti Sekolah....

> Mengecat meja ni mmg kewajipan kite ke?
>
> Kdg2 sy tertanye2 apakah sebenarnya tugas kite sebagai pembantu makmal
> ni..... tolong la jawab.
>
>
>
> ------------------------------------
>
> http://makmal-sains.blogspot.com .
> Tidak dibenarkan mengiklan. Yahoo! Groups Links
>
>
>

__._,_.___
http://makmal-sains.blogspot.com   .
Tidak dibenarkan mengiklan.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment