Wednesday, June 23, 2010

{ Makmal-Sains } Pemangkuan C22

 

Terima kasih kepada Tuan Ashaari Maarof dan rakan-rakan atas keprihatinan tuan dan rakan-rakan.

Dalam borang Permohonan Pemangkuan C22 di Lampiran B perengan 11....
ayat terakhir adalah seperti berikut :-

"....Saya memahami bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengenakan penalti sekiranya saya menolak penempatan pemangkuan."

Apa yang kurang menyenangkan disini ialah perkataan "Penalti".Saya yakin Tuan Ashaari Maarof sedaya upaya cuba mengugurkan perkataan Penalti ini sebelum tarikh tutup Iklan.

Analisa ringkas yg saya buat :-

Jumlah PM yang layak memohon sangat ramai. Lantikan sebelum atau pada 31.12.2003 .

Jumlah kekosongan yang teramat rendah dalam " sejarah " pemangkuan berbanding pemohon yang layak. Hanya 38 kekosongan secara umum. detailnya:-
Kolej Matrikulasi - 2 Kekosongan - tidak dinyatakan di negeri mana , ini akan menjadi "kudis" dalam fikiran PM.
JPN Johor - 11 kekosongan
JPN Kedah 1 Kekosongan
JPN Perak  1 Kekosongan
JPN Selangor 10 Kekosongan
JPN Pahang 5 kekosongan
JPN WP KL 1 Kekosongan
JPN Sabah 5 Kekosongan
JPN Sarawak 2 Kekosongan

Macam mana dengan negeri-negeri lain ? ketiadaan dalam senarai juga akan menjadi "kudis" dalam fikiran PM.

Seolah-olah ada satu "permainan" yang terselindung dalam proses siaran iklan dan pelaksanaan Pemangkuan C22 ini.

Apabila saya membaca siaran iklan pemangkuan ini,seola-ola perasaan 'geram' dan 'terpakas' juga terserap ,yang membuatkan saya terfikir mengapa PM dilayan sebegini ?

Dengan hanya 38 kekosongan di Negeri-Negeri tertentu sahaja dan bilangan PM yang terlalu ramai ,kita bagaikan disuruh "berebut-rebut"... .Bayangkan dalam tempoh Tahun 1996 hingga tahun 2003 iaitu 7 tahun... berapa ramai PM yang di lantik ? 

Selepas disuruh "berebut-rebut" .. "permainan" ini dicantikkan lagi dengan permainan emosi PM . Apabila tidak semua negeri ada kekosongan , PM di negeri tersebut akan rasa kecewa dan kerana tidak berminat untuk dipindahkan jauh maka menjadilah kudis dalam fikiran tidak akan memohon pemangkuan ini.
Dengan itu "Permainan ini sudah berjaya mengurangkan bilangan Pemohon".

Saya amat yakin, Bahagian yang mengendali urusan pemangkuan ini pasti ada kerisauannya sendiri, seandainya Jumlah yang memohon pemangkuan ini terlalu ramai.

Oleh yang demikian , sekali lagi "permainan" ini memukul emosi PM ,apabila  Perenggan 11 dalam Lampiran B ,perkataan SANGGUP BERTUKAR  dibold/dihitamkan dengan terang. Begitu juga dengan perakataan Penalti. Perkataan Penalti bagi kakitangan awam memang amat mengerunkan.Saya yakin semua PM faham apa yang di maksudkan dengan Penalti ini.

Inilah Kudis besar yang masuk dalam fikiran PM. mahu memohon tetapi risau dihantar jauh ,menyebabkan sukar untuk membuat pertimbangan. Sekiranya permohonan berjaya dan akhirnya PM terpaksa menolak kerana penempatan yang jauh ,penalti akan dikenakan.Apakah bentuk penalti tersebut ? Mungkin sekatan pemangkuan akan datang ?

Ini adalah pandangan peribadi saya, dan saya juga amat gembira apabila menerima siaran iklan ini.Cuma saya merasa amat dukacita apabila PM dilayan sebegini.Adakah PM ini terlalu rendah tarafnya, mungkin kelas ke2 atau ke3  ?

Saya menyeruh semua PM di Malaysia, JANGAN SEMBUNYIKAN iklan ini kepada rakan-rakan yang layak.Sebarkan kepada semua.Dan Saya juga menyeruh Tuan/Puan Pembantu Makmal C17 YANG LAYAK memohon, memohonlah...Biar "mereka" tahu berapa ramai PM yang selama ini dipandang dengan sebelah mata  atau tak pandang langsung!!

TOLONG JANGAN TERLALU RISAU SEKIRANYA ANDA DITAWARKAN TETAPI TERPAKSA MENOLAK KERANA FAKTOR TERTENTU.BIARPUN DISEBUT AKAN DIKENAKAN PENALTI TETAPI ADAKAH IANYA MENJADI KESALAHAN BESAR ?

Sekian,


JDYO
Keningau,Sabah



__._,_.___
Recent Activity:
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Get real-time World Cup coverage on the Yahoo! Toolbar. Download now to win a signed team jersey!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment