Sunday, May 2, 2010

{ Makmal-Sains } Re: INFO TERKINI KSKM

 

Assalamualaikum Saudara dan Saudari

AHLI KSKM DAN PEMBANTU MAKMAL SATU MALAYSIA YANG BERTUGAS DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

PERKARA 1.
Pagi ini saya telah mendapat fax dari Urusetia/Jawatankuasa Pertandingan Anugerah Kesatuan Contoh sempena Hari Pekerja Tahun 2010. Jemaah Hakim dengan persetujuan Y.B Menteri Sumber Manusia telah bersetuju memilih KSKM sebagai pemenang Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh (Sektor Awam). YAB Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat akan menyampaikannya pada 8.5.2010 (Sabtu ini) di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor. jam 9-12 tengahri (majlis berlangsung) Insyaalah akan ada di TV (kut..kut la) ...mana2 rakan-rakan yg jauh boleh la tengok TV...mana2 yg dekat tu boleh lah datang. Support KSKM.

PERKARA 2

Juga pagi ni jugak saya telah ke KPM.utk dapatkan maklumat mengenai info perjawatan PM yang menjadi isu hangat ketika ini. Jelas yg berlaku ketika ini ramai rakan-rakan yg bkerja teruk kerana PM tidak mencukupi..ada yg memang penat menjaga 2-3 makmal dengan bebnan eksperimen yg banyak dan sekolah yg mempunyai student yg ramai.  dgn Skdar contoh di SMK. Kulaijaya (kalu tak silap) hampir 4000 pelajar..PM ada 3 org (kalu salah maklumkan kat saya) di Ipoh. P.Pinang (sekiranya ada info mohon maklun kepada saya) dan beberapa lagi yg tak sempat dbagi tau.
Respon: Pihak KPM mmg tgh kerja kuat dan insyaalah akan  menyelesaikan masalah ini. Harap bersabar.  Seperti sedia maklum kelembapan ekonomi ......maka waran perjwtan belum dpt diluluskan. Yang penting kita mesti bekerja dgn penuh tanggungjawab dan sentiasa berinovasi dlm pekerjaaan. Bagi perjwtan yg ber KUP (C17 ke C22)...            perkara ini sentiasa berterusan.    .tak lama lagi ada 'exersice'  akan berlaku mana2 rakan yg telah berkhidmat dalam perjawatan PM (semasa/sama) 15 tahun sila ambil perhatian (kena alert)..........(cuma kena ingat perkhidmatan tersebut mestilah jangan putus atau ada CTG). Manakala bagi  gred C22 KE C26 akan ada 'exersice' tak lama lagi....TUNGGU SRT SIARAN. Kita (KSKM) akan cuba bantu semampu mungkin.

PERKARA 3
Ekoran dari perubahan norma perjawatan. Satu kertas kerja mengenai PAP yang bertugas di makmal telah kita hantar ke JPA melalui KPM. Ini juga telah mendapat respon positif..kita tunggu panggilan mesyuarat seterusnya.. Doa2 kan lah kpd rakan2 PAP yg dah lama di makmal supaya dapat naik pangkat
E2 saja setakat ini. Maaf saya guna bahasa yg mudah faham.

Ashaari Maarof
Setiausaha Agung KSKM

--- On Sun, 27/12/09, Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com> wrote:

From: Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com>
Subject: { Makmal-Sains } Groups Makmal Sains di Facebook
To: Makmal-Sains@yahoogroups.com
Date: Sunday, 27 December, 2009, 6:51 AM

 

Memandangkan kini facebook mendapat sambutan ramai daripada kebanyakan pengguna internet di Malaysia, sebagai altenatif kepada ruangan perbincangan yang sedia ada elok juga mendaftar di
 
 
Ia bukan sebagai pengganti kepada egroups di yahoogroups , tapi sebagai tambahan.
 
 
Sebelum itu kepada rakan-rakan yang belum mendaftar facebook boleh masuk terus melalui pautan ini http://www.facebook .com
 
 
 
Terima kasih.

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment