Wednesday, September 16, 2009

{ Makmal-Sains } Selamat menyambut syawal


Assalammualikum.......
 
Salam buat semua pm makmal tak kira di mana saja berada.
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut
Syawal yang tak lama akan tiba....harapan saya semua bergembira
bersama keluarga tersayang....dalam kita bergembira jangan lupa
pada yang tiada dan tidak senasib dengan kita.........
 
Wasalam.....


________________________________
From: Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com>
To: makmal-sains@yahoogroups.com
Sent: Monday, 31 August 2009 5:51:00
Subject: { Makmal-Sains } Penyediaan buku panduan pengurusan dan keselamatan makmal sains

 
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua.

Sebagai makluman , Penyediaan buku panduan pengurusan dan keselamatan
makmal sains yang baru akan diadakan pada 1 hingga 4 September 2009
bertempat di Seri Cempaka Service Suites , Kuala lumpur.

Saya antara yang akan hadir pada majlis memurnikan draf yang telah dibuat
baru-baru ini. Walaupun rasanya agak keberatan untuk hadir tambah lagi di
bulan puasa ni, digagahi jua demi kerja-kerja ini adalah untuk kepentingan
umum terutamanya untuk kakitangan makmal.

Dari Kelantan diwakili oleh 2 orang guru sains dan seorang kakitangan
makmal (saya). Dari negeri-negeri lain mungkin diwakili orang 3 orang juga
(ini saya tak pasti).Kepada rakan-rakan yang terbabit bolehlah kita jumpa
di sana nanti.

Bagaimanapun kiranya pihak penganjur mengundang sama KSKM adalah dirasakan
labih baik kerana ini membabitkan penghasilan buku panduan yang bakal
menjadi panduan kerja semua kakitangan makmal selepas ini.

Ediramle Ismail,
Tumpat, Kelantan.




Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware Software. Download Yahoo! Toolbar now!

No comments:

Post a Comment